Terima kasih kerana mengunjungi blog ini...... Segala pandangan mengenai blog ini amat di alu-alukan.....

Wednesday 30 January 2019

UJIAN DIAGNOSTIK KEM CEMERLANG JAWI (KCJ) MURID TAHUN 2





UJIAN DIAGNOSTIK KEM CEMERLANG JAWI (KCJ) 

Untuk makluman kepada semua ketua panitia, bermula tahun 2019 tidak ada lagi soalan yang selaras untuk Ujian Diagnostik KCJ untuk murid tahun 2. JPN dan KPM tidak lagi membekalkan soalan yang selaras, pihak sekolah boleh membuat saringan peserta mengikut keperluan sekolah masing-masing, pihak sekolah juga boleh menggunakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk saringan peserta KCJ bagi tahun 2. Bersama-sama ini, sedikit panduan untuk semua ketua panitia mengenai tajuk-tajuk yang boleh diuji dan dinilai untuk proses saringan peserta-peserta KCJ 2019:


1-  Huruf tunggal
2-  Padanan huruf tunggal (rumi - jawi / jawi - rumi)
3-  Menyambung huruf
4-  Suku kata terbuka


Sekiranya murid tidak menguasai salah satu tajuk di atas, murid tersebut mesti mengikuti KCJ pada tahun berkenaan. Bentuk soalan boleh dibuat sendiri oleh pihak sekolah, begitu juga jumlah soalan bergantung kepada sekolah. Cara pelaksanaan PBD boleh dilaksanakan berbentuk lisan, pemerhatian, latihan dan sebagainya. Tidak ada tarikh dan masa tertentu untuk dilaksanakan, terserah kepada sekolah tetapi tarikh pelaksanaan KCJ mesti merujuk kepada takwim yang telah diedarkan ke sekolah tuan-tuan. 


Manakala untuk pemilihan dan saringan peserta KCJ untuk murid tahun  3 hingga  6, pihak sekolah boleh mengambil dan mengguna pakai markah pentaksiran jawi pada  tahun lepas. Untuk makluman pihak sekolah, pelaksanaan KCJ di sekolah-sekolah KPM hendaklah menggunakan modul KCJ sedia ada yang telah dibekalkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, KPM. tidak ada hebahan dan sebaran modul baharu KCJ setakat ini.

Sekian, terima kasih.


Unit Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

Saturday 2 December 2017

AHLAN WASAHLAN....

ASSALAMUALAIKUM....

Alhamdulillah... syukur ke hadirat Illahi tuhan sekalian 'Alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dapat menghasil laman blog ini.

Objektif utama blog ini dibuat adalah untuk memudahkan guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab mendapat bahan-bahan dan maklumat secara langsung daripada Unit Pendidikan Islam Rendah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Mudah-mudahan dengan lahirnya blog ini segala urusan berkaitan pengurusan sekolah rendah dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna....

Sekian..... admin